Friday, July 17, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK LEMBAH BIDONG ,TERENGGANU







Rombongan tiba di kampus MCKK jam 8.30 pagi. Anggota Kesatuan Pelajar Kolej Melayu ( KPKM ) telah menyambut rombongan yang terdiri daripada 35 orang pelajar dan 4 orang guru penasihat.

Taklimat daripada Penolong Kanan ( HEM ) Encik Fairus bin Leman di Dewan Hargreaves memulakan pengisian lawatan yang kemudiannya rombongan dibawa melawat kawasan sekitar kolej termasuk blok Tingkatan Lima , Pusat Sumber , Bilik Dokumentasi dan diakhiri lawatan di Bilik Pameran MCKK selepas menikmati hidangan minuman ringan.

Rombongan mengakhiri lawatan dengan sesi bergambar di depan Big School selepas menikmati minuman ringan.

Lawatan ini berakhir pada jam 12.45 tengah hari.

PENDAFTARAN KHAIRI DI IPGM KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM



Alhamdulillah.

Muhammah Khairi telah selamat mendaftarkan diri di IPGM Kampus Sultan Abdul Halim pada hari Isnin 13 Julai 2009. Pendaftaran ini berlangsung dengan lancar dan berakhir pada 11.00 pagi.

Penempatannya di asrama yang disediakan di Blok Kolej Kediaman Kota Anak Bukit . Keadaan asrama begitu baik kerana setiap bilik menempatkan 2 orang penuntut sahaja.

Minggu haluan siswa bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada hari Khamis 16 Julai 2009.

Harapan seluruh keluarga agar Khairi akan mucul sebagai seorang guru yang amat berwibawa dan berguna kepada agama , bangsa dan negara.

KURSUS PENGHASILAN BLOGSPOT


Kursus penghasilan blogspot telah diadakan pada hari Sabtu 18 Julai 2009. Bermula jam 8.30 pagi sehingga 12.30 tgh dengan dihadiri oleh 25 orang guru. Encik Razak dan Encik Lokman daripada Syarikat IT Base selaku fasilitator terpaksa bertungkus lumus memberi input berguna kepada kami.

Kehadiran Penolong Kanan Encik Safuan bin Raba'ai dan guru-guru kanan yang lain menaikkan semangat kami untuk terus menimba ilmu dalam masa yang amat terbatas.

Kami berharap agar impak yang berguna akan dapat berhasil sebaik-baik sahaja kursus ini berakhir. Dan yang lebih utama ialah harapan kami agar segala perolehan ilmu ini akan dapat kami amalkan dan manfaatkan untuk kemaajuan seluruh umat Islam.

Terima kasih!!!