Friday, July 17, 2009

LAWATAN SAMBIL BELAJAR SMK LEMBAH BIDONG ,TERENGGANU







Rombongan tiba di kampus MCKK jam 8.30 pagi. Anggota Kesatuan Pelajar Kolej Melayu ( KPKM ) telah menyambut rombongan yang terdiri daripada 35 orang pelajar dan 4 orang guru penasihat.

Taklimat daripada Penolong Kanan ( HEM ) Encik Fairus bin Leman di Dewan Hargreaves memulakan pengisian lawatan yang kemudiannya rombongan dibawa melawat kawasan sekitar kolej termasuk blok Tingkatan Lima , Pusat Sumber , Bilik Dokumentasi dan diakhiri lawatan di Bilik Pameran MCKK selepas menikmati hidangan minuman ringan.

Rombongan mengakhiri lawatan dengan sesi bergambar di depan Big School selepas menikmati minuman ringan.

Lawatan ini berakhir pada jam 12.45 tengah hari.

2 comments:

  1. Semoga lawatan ini memberikan input yang baik kepada sekolah terbabit.Teruskan usaha tuan.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih . Semoga MCKK harum namanya seharuh kasturi

    ReplyDelete